They're My Best Buddies

Tuesday, 2 August 2011

Adam Zulqarnain

Siapakah hamba Allah yang bernama Adam Zulqarnain tu..?? Haa..tulah nama anak buah aku yang baru je selamat dilahirkan ke dunia ni pada tanggal 31 Julai 2011 yang lepas. Entri ni sambungan entri Alhamdulillah...1 lagi NYAWA wujud di dunia.



Comelnya anak makngah ni...!! Hik..hik..hik..makngah sangat aku ni. Ini anak buah aku yang kedua. Yang pertama tu anak abang aku. Dah 3 tahun lebih pun umur dia. Anak buah yang kedua ni, muka dia sebijik muka adik lelaki aku (ayah baby ni la...) masa dia kecil dulu.

Seronok rasanya dapat tengok kebahagiaan adik lelaki yang seorang ni. Dah jadi ayah pun dia. Suara dia tadi (masa aku call untuk tanya nama penuh anak dia tu) sangat-sengat ceria. Mesti dia tengah senyum berseri-seri masa tu.

p/s : Adam, jadi anak yang soleh ye (",)
Post a Comment