They're My Best Buddies

Saturday, 30 July 2011

macam mana nak ubati hati yang duka..???

Semua orang pernah berduka, kan..?? Jangan tipulah cakap tak pernah. Dari sekecil-kecil anak hingga ke sebesar-besar mak/bapak...semua pasti pernah berduka. Tak kira la macam mana rupa bentuk duka tu sekalipun. Kat sini aku nak share beberapa tips yang mungkin boleh diguna-pakai sekiranya anda mengalami saat-saat berduka. Tips ni aku dapat dari pengalaman orang lain dan pengalaman sendiri :



1. Jangan banyak fikir
Gila apa..??? Macam mana tak nak fikir..? Kalau tak fikir pun mesti perkara tu akan melintas juga. So, automatik dah kena fikir, kan..? Hehehe..ni respon yang selalu aku dengar bila cakap jangan fikir. Betul. Aku dulu pun macam tu. Tapi, bila dah makin matang ni (eh, matang ke..??) baru aku tahu betapa besarnya effect kalau kita tak fikir. Memang berkesan cara ni. Kita akan rasa sedikit tenang. Otak pun macam fresh je.

2. Sibukkan diri
Cara ni mungkin ramai yang dah dengar. Tapi, aku letak cara ni yang ke-2 ada sebabnya. Bila kita sibukkan diri, so secara automatik kita akan lupa untuk fikirkan hal yang menyebabkan kita berduka. Jadi, perkara 1 dan perkara 2 sangat berkait, kan..? Sibukkan diri anda dengan macam-macam hal. Kalau dah takde apa sangat yang nak dibuat, pergi tidur. Haaa...tidur ni memang boleh buat kita lupa segala masalah. Tapi, sebelum tidur tu niatlah dalam hati, 'lepas bangun dari tidur ni, aku harap aku takkan berduka lagi....' motivasi..motivasi...

3. Luahkan
Ini penting. Ada orang yang bila berdepan dengan masalah dan sering berduka, sangat suka untuk pendamkan masalah tu. JANGAN. Kalau kita jenis yang kuat semangat, takpe. Tapi, kalau sebaliknya, jangan sesekali cuba pendam. Cari sumber yang boleh dipercayai untuk kita luahkan segala macam hal yang terbuku di hati. Bahaya kalau kita pendam. Nanti depressed, terus ke Hospital Sakit Jiwa la jawabnya..!!

4. SABAR
Huh..perkataan yang dinanti-nanti telah tiba!! Ramai yang tak suka dengar perkataan ni bila ditimpa musibah, kan..?? Tapi, percayalah, hanya dengan bersabar je hati anda akan kembali pulih seperti sediakala. Aku tak suruh korang jadi sangat-sangat bersabar la. Sabar ikut mana yang termampu. Selebihnya, tawakkal je. Allah takkan menguji kita melebihi dari apa yang kita mampu.

5. Banyakkan Zikrullah & Mengaji
Kepada yang beragama Islam, cara ini amatlah disarankan. Dulu, masa aku tengah down dengan macam-macam dugaan yang datang menimpa, aku banyak mengaji dan berzikir (alhamdulillah, sekarang pun masih meneruskan lagi walaupun hati dah sedikit tenang...) Semakin banyak kita mengaji dan berzikir, semakin khusyuk hati kita jadinya. Bila dah khusyuk tu, memang kita akan rasa something melanda kat hati. Rasa berdebar-debar. Rasa sebak. Rasa tenang. Masa tu, ambil kesempatan untuk berdoa kepada Allah, minta supaya Dia mengampunkan dosa-dosa kita dan tenangkan hati kita. InsyaAllah, diperkenankan. Allah suka hamba-Nya meminta daripada-Nya.

6. Solat
Okay..ini cara terakhir yang selalu aku buat bila aku tengah berduka. SOLAT. Hmm..aku tak cakap pasal solat 5 waktu tau (tu memang WAJIB..!!) Aku bercakap tentang Solat Sunat. Banyakkan solat sunat seperti solat sunat Taubat, solat sunat Hajat, solat sunat Istikharah atau solat sunat Tahajjud. Dengan cara ini, kita akan semakin dekat dengan Pencipta kita. Bila kita dekat dengan-Nya, hati kita pasti akan tenang. Dijamin!! Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.  Wallahu'alam...

Post a Comment