They're My Best Buddies

Tuesday, 26 July 2011

Cara Menangani Stress


Stress atau tekanan..?? Hampir semua orang di dunia ni pernah mengalami keadaan ini. Pelbagai jenis tekanan yang melanda akan menyebabkan diri menjadi tidak tenteram, kusut dan buntu. Tidak kiralah dia tu golongan professional, penganggur, pelajar atau sesiapa sekalipun..pasti pernah mengalami stress dengan sesuatu atau dengan seseorang. 

Tips ni aku copy & paste untuk berkongsi dengan korang semua macam mana caranya menangani stress. Mungkin korang ada cara lain yang lebih baik lagi. So..boleh kongsi-kongsi la ye!

1. SENYUM - Masa tengah stress mesti korang semua akan tarik muka kan..? Lepas tu mula la nak mengomel seroang diri. Apakata korang cuba senyum. Bila kita senyum, pasti tekanan yang dihadapi tu akan reda.

2. BERSENDIRIAN - Hmm..rasanya kebanyakan orang yang menghadapi tekanan memang suka bersendirian. Memencilkan diri dan menjauhkan diri dari orang sekeliling. Cara ni bagus juga. Tapi, janganlah masa menyendiri tu korang layan perasaan sangat. Nanti bertambah stress lak. Cuba muhasabah diri. Mesti berkesan.

3. BERTENANG - Jangan sesekali cuba serabutkan keadaan yang sedia ada. Cuba tenangkan diri dengan menarik nafas dalam-dalam secara perlahan-lahan. Ulang beberapa kali. Elakkan diri dari membuat keputusan dalam keadaan tidak bertenang. Kebiasaannya, keputusan yang berlandaskan emosi akan membawa kekesalan.

4. BERBUAT BAIK PADA INSAN LAIN - Cuba elakkan diri dari melakukan perkara yang boleh menyakiti hati orang lain. Jika korang terpandang seseorang yang akan membuat korang berasa stress, jauhkan diri dari mereka. Sentiasa berbuat baik sesama insan. Pasti hati akan menjadi lebih tenang.

5. PEMAAF - Jadilah seseorang yang berhati luhur dan pemaaf. Ini penting kerana memberi kemaafan itu lebih tinggi darjatnya berbanding dengan orang yang meminta kemaafan. Dengan cara ini saja korang akan berasa lapang dada dan sekaligus boleh mengurangkan tekanan.

6. PELUK - Korang pasti akan berasa lebih lega, nyaman dan tenang jika berada dalam pelukan seseorang, kan? Ataupun, kalau tiada siapa di sisi korang yang boleh memeluk korang untuk melegakan korang, korang carilah teddy bear ke, bantal busuk kesayangan korang ke. Berada dalam pelukan atau memeluk sesuatu akan mengurangkan rasa stress yang ada.

7. LAVENDAR - Pernah dengar nama bunga ni..? Haa..kalau korang nak tahu, haruman Lavendar ni merupakan anti-stress yang sangat-sangat membantu. Jadi, kepada sesiapa yang tengah stress tu, boleh la cuba menghidu haruman Lavendar ni. Aroma terapi ke. Air freshener ke.

8. KASIH SAYANG - Sebenarnya inilah tips yang paling best kot. Masa kita tengah stress tu, cuba kita bayangkan orang-orang yang kita sayang ataupun orang-orang yang menyayangi kita. Kasih sayang mereka itu akan mampu memberi kita kekuatan dan semangat untuk menghadapi segala macam bentuk tekanan.

9. CERIA - Tak perlu bebankan fikiran dengan perkara yang berlaku di sekeliling kita. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Jangan terlalu menekan diri kita untuk menghadapi setiap masalah, beban atau apa saja. Hadapi dengan apa yang termampu. Ceriakan hidup korang selalu. Orang yang ceria ni jarang terkena penyakit stress..hehe :p

10. TUHAN - Walau apapun tips yang aku dah senaraikan kat atas, yang terakhir ini merupakan tips yang paling berkesan. Ikutilah segala perintah-Nya dan jauhi segala larangan-Nya. InsyaAllah hidup kita akan dirahmati selalu. Hati akan menjadi lebih tenang. Kita hidup di dunia ni hanya sekali je kawan-kawan. Jadi, nikmatilah hidup ini dengan seadanya. Wallahu'alam..


Post a Comment