They're My Best Buddies

Wednesday, 13 April 2011

Kisah Budak-Budak Office Yg BEST..!!!

Tersebutlah kisah, budak-budak office ku yang bermacam ragam..bermacam gaya. Ada yang bagus. Yang tak bagus tak payah cerita la kan. Ada yang happy go lucky. Ada yang masam mencuka. Jenis yang takde perasaan pun ada..hati plastik!! Hahahaha...pendek kata memang macam-macam ada la (",)


Kisah yang paling best ialah kisah aku dan department ku. Kami sebenarnya 3 orang je dalam department ni (lepas Manager ku di'expired'kan perkhidmatannya..). Tapi, ada la seorang budak dari department lain yang suka benar datang melepak dan join kami. Department aku ni memang 1 Malaysia. Ada 1 Melayu, 1 Cina dan 1 India. Yang Melayu tu tentulah aku kan. Datang kerja ok je. Tapi nak bangun pagi tu agak liat la. Punch card tak pernah awal..huhu :p Yang Cina tu pulak (merangkap bos kecil..) memang sangat-sangat workaholic. Datang kerja awal. Tak pernah merah la punch card dia. Lepas tu tak pernah ponteng kerja. Sakit-sakit pun datang kerja juga. Takde m.c dalam record dia. Mengular memang jauh sekali la. Perghhh..memang salute la orang macam ni. Gile kerja!! Yang seorang lagi..si India tu..karektor sangat ok. Tapi bab kerja memang out. Datang kerja buat syarat je. Hari-hari lewat. Meja dia..na'uzubillah..tak serupa meja dah. Banyaknya dokumen yang masih menunggu giliran untuk difailkan. Tapi, dia agak rajin bila ada kerja luar. Memang jenis suka outdoor punya manusia. Hmm..macam-macam..

Kisah lain pula..hmm department atas. Aku..??? Sangat suka naik atas untuk fotostat dokumen-dokumen..naik untuk bergosip..naik untuk mengadu nasib..naik untuk kerja punya hal..jumpa bos-bos!! Budak-budak department atas atas sangat-sangat best. Sebab tu suka naik atas. Walaupun terpaksa membakar sangat banyak kalori setiap hari, tapi berbaloi. Mereka adalah orang-orang yang sangat low-profile (bagi si perempuan..) dan orang-orang yang sangat kelakar (bagi si lelaki..) Jadi..hidup sangat bermakna dengan orang-orang yang macam ni berada di sekeliling..betul tak..??

Kisah yang lebih best adalah kisah department sebelah. Huh..cakap pasal budak-budak sebelah ni, memang tak boleh habis 1 hari. Agak-agak kalau tulis kat blog pun, mau sepanjang-panjangnya..hehe :p macam-macam perangai..macam-macam jenis..macam-macam hal. Itulah kesimpulanyang boleh disimpulkan untuk diorang. Buat hal dengan orang lain tapi selalu rasa diri sendiri betul. Buat kerja ikut dan..lepas tu selalu merungut busy..takde masa nak buat hal lain. Tapi..dekat monitor pc tu terpampang 'mukabuku' masing-masing. Best gile kerja bila 8 jam sehari tu hanya 2-3 jam je input yang sepatutnya. Yang selebihnya sendiri mau ingat la. Pelik..tapi benar. Cuma, masing-masing dah besar kan. Tahu tanggungjawab sendiri, jadi tepuk dada tanya selera la. Takkan nak kena tunggu orang tegur kot..?? Mungkinkah faktor bos yang sporting yang menyebabkan mereka jadi begitu..?? Hmm..letak 'bos kecil' aku tengok..confirm diorang jadi macam aku juga. Kerja..kerja..kerja!!

Lagi 1 kisah..department yang agak terasing sikit dari yang lain-lain. Mereka masih di blok yang sama..cuma unit yang berbeza. Tapi, line telefon pun lain. Sebab tulah rasa mereka sedikit terasing. Dan sebab itu juga la, salah seorang dari diorang selalu datang melepak di department aku, macam yang aku dah ceritakan kat atas tu. Department yang 1 ni dah la terasing..budak-budaknya pula diam-diam belaka. Nak dengar suara diorang punya la payah. Tapi, diorang ok. Friendly cuma tak berapa banyak cakap (",)

Department paling last yang nak dikisahkan ialah department paling atas antara yang teratas. Mereka adalah orang-orang yang suka merancang..huhu :p Diorang ni tak ramai. Macam department aku juga..bertiga je. Tapi diorang ada manager. Yang bertiga ni..semuanya perempuan melayu terakhir..eh, terakhir ke..?? Hahaha..tapi diorang la yang paling 'gila' kat sini. Kelakar. Happening. Apa-apa event pun mesti panggil diorang sekali. Kalau ada salah seorang dari diorang pun dah cukup meriah. Kalau ada tiga-tiga..gamat la jawabnya!! Pendek kata..diorang ni penglipurlara la di sini. Jangan marah ye kawan-kawan!!

Seronok juga bila bercerita perihal budak-budak office yang best ni kan..? Macam-macam ragam. Bila projek ni dah habis, mesti teringat kat diorang semua. Walau macam mana pahit atau manis sekalipun hubungan tu, kenangan masa kat sini agak susahla nak dilupakan. So, dah ada 1 chapter baru dalam novel hidup aku. Chapter yang ke 29..hahahaha (",)
Post a Comment