They're My Best Buddies

Friday, 22 April 2011

Jgn Tertipu Dgn Skim Pinjaman Mudah

Merujuk kepada tajuk di atas (chewahh..macam nak menaip surat rasmi plak..) aku nak cerita sikit la pasal PIHAK yg kononnya menawarkan bantuan pinjaman kewangan kepada sesiapa yg memerlukan. Mereka memberi jaminan kepada sesiapa yg memohon utk memberi kelulusan segera. Syarat pun sangat mudah. Kiranya siapa yg nak pinjam memang senang la. TAPI..rupa-rupanya mereka adalah konspirasi yg menipu duit orang ramai. Macam mana pula tu..??? Pihak yg tak bertanggungjawab ni kononnya suruh orang-orang yg nak buat pinjaman bank in dulu duit Caj Perkhidmatan (Service Charge). Lepas tu baru proses-proses seterusnya akan dijalankan : Surat perjanjian la..surat itu la..surat ini la..bla bla bla...

Part yg paling best bila ada sesetengah PIHAK ni yg cuba mengugut orang-orang yg nak withdraw (tak jadi pinjam selepas permohonan berjaya..tapi belum bayar duit caj perkhidmatan tu..) dengan mendakwa akan membawa kes ke Akta Tribunal Perkhidmatan. Hahahaha..gile!! Aku rasa diorang ni tak faham kot maksud Tribunal tu apa. Mengugut orang lain, tapi sebenarnya bagi idea kat orang lain utk saman diorang.

So..kawan-kawan semua..kalau ada yg terbaca kononnya PIHAK macam ni berdaftar dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan..jgn la percaya. Sebab apa yg aku tahu, kebanyakan institusi kewangan memang kena mendaftar dgn kementerian pun. Cuma kes PIHAK yg tak bertanggungjawab ni..bukan bagi bantuan kewangan, tapi menipu duit orang. Kesian kat orang-orang yg memang ada masalah kewangan tu. Ingat kan dapat bantuan, sekali kena tipu pula. Ish..ish..ish..macam ni punya kes pun ada juga.

Kalau tak percaya.. kawan-kawan boleh try klik link kat bawah ni
http://www.carigold.com/portal/forums/archive/index.php?t-194851.html

Ada banyak komen-komen tentang kes penipuan macam ni. Boleh jelaskan lagi pemahaman korang (",) Aku ada terjumpa 1 syarikat yg beroperasi macam ni (selepas diberitahu oleh seorang kawan yg dah tertipu..) Memang best la. Dah la boleh apply online..syarat senang gile. Kelulusan terjamin. Perghhhh..kalau ada yg terdesak sgt tu, baik pinjam kat 'Along'..ada la juga dpt duit walaupun interestnya na'uzubillah (kalau tak melibatkan diri dgn 'Along' lebih baik lagi..) Syarikat yg aku maksudkan tu ialah Easy Payment Credit Sdn Bhd. Ni blog syarikat tu. Senang-senang view ler..boleh tambahkan bilangan visitor kat blog diorang..huhu :p Aku siap post komen lagi..hentam kaw-kaw bagi pihak kawan aku yg dah tertipu tu. Tapi, selalunya komen-komen menghentam macam ni diorang akan delete je..nampak sangat..

http://easypaymentcredit.wordpress.com/2010/09/07/pinjaman-peribadi-secara-online-lulus-segera/#comments

Kepada sesiapa yg nak cuba nasib..SELAMAT MENCUBA..!!! Hehehe...

Sharing is Caring (",)
Post a Comment