They're My Best Buddies

Friday, 10 December 2010

Salam Maal Hijrah 1432H



Assalammualaikum W.B.T
** sepatutnya blog ni ditulis pada hari Selasa lepas (",) **

Jadi, setahun lagi telah berlalu. Bagi semua umat Islam di atas muka bumi ini, Selamat Menyambut Tahun Baru 1432H. Mungkin ada yang terlupa, tapi itu perkara biasa. Kita kan manusia biasa. Manusia memang mudah lupa. Kepada yang lupa, tahun-tahun akan datang jangan lupa lagi ye, insyaAllah.

Kalau tahun baru Masihi kita semua boleh buat azam baru, jadi tak salah rasanya kalau tahun baru Hijrah ni kita create satu azam baru juga. Hmm..bagi aku, azam untuk tahun baru ni..uish, banyak!! Tapi dua daripadanya terpaksa dibawa dari azam tahun lepas sebab tak dapat nak tunaikan sepenuhnya. Tapi, macam mana pun alhamdulillah sebab 90% terlaksana sudah (",)

Bercakap tentang azam, ramai yang suka bertanya, "apa azam kau tahun ni..?" Sebenarnya nak buat azam tu senang sangat kan..? Tapi nak melaksanakannya..? Hanya yang betul berazam untuk buat perubahan saja yang mampu melaksanakannya. Susah ke nak laksanakan azam tu..? Sebenarnya bergantung pada kekuatan dan semangat diri kot. Kalau semangat kita kuat, walau apa pun cabaran dan dugaan yang datang, insyaAllah azam tu kita mampu laksanakannya. Cuma, kita kenalah tahu juga, berazam sesuatu yang kita memang susah nak capai, alamatnya memang takkan terlaksana la. Bagi yang memang suka hidup dengan cabaran, azam yang susah-susah macam tu sebenarnya bukan perkara sukar kan.

Jadi, kepada sesiapa yang berjaya melaksanakan azam mereka tahun lepas, syabas dan tahniah diucapkan..!! Kepada yang masih terkial-kial nak tunaikan azam tu..takpe..masih ada banyak masa lagi untuk anda. Doa + Usaha + Tawakkal..insyaAllah..azam tu pasti tertunai!!