They're My Best Buddies

Monday, 18 October 2010

Monday Blues


Mood : Ok laa..
Venue : Kat office
Time : 3 minit lagi pukul 11pg

Opening blog untuk bulan Oct ni dah lepas setengah bulan pun. Sebenanrnya dah lama tak buka blog ni. Pagi tadi tiba2 tergerak hati nak share link dengan FB..barulah ada hati nak post entri baru hari ni. Dan sebenarnya tak tahu pun nak cerita pasal apa.

Sepanjang bulan Oct ni..banyak betul majlis kenduri kahwin dan b'tunang yang aku hadiri. Kawan-kawan dan saudara-mara. Masing-masing dah decide untuk settle down. Aku masih terus macam ni. Nak kata memilih..tak jugak. Tapi mestilah kena memilih sikit kan. Takkan la nak pilih pasangan hidup macam pilih baju. Aku kadang-kadang pilih baju pun cerewet. Inikan pula nak pilih pasangan hidup. Kita bukan nak hidup dengan dia sehari dua. Tapi untuk selamanya.

Ada kawan-kawan yang kata aku ni belum terlalu tua untuk maintain status bujang. Tapi, bila melibatkan orang tua aku kat kampung tu..memang usia macam aku ni dah patut ada anak-anak sendiri. Hmm..sebenarnya bila hal-hal yang melibatkan jodoh ni, susah sikit nak cakap kan. Bukan kita nak menolak jodoh yang ada masanya b'tubi-tubi datang. Kalau dah hati tak berkenan, takkan la nak paksa diri. Mencari jodoh ni sebenarnya seronok juga. Masa ni la kita boleh kenal macam-macam kerenah manusia..apatah lagi kerektor manusia kategori Adam tu.

Bila tengok kawan-kawan dah ada kehidupan sendiri..busy menguruskan rumahtangga, suami dan anak-anak..ada juga terselit perasaan cemburu. Tapi, bila tengok balik diri sendiri yang bebas bergerak kemana-mana dan boleh buat apa saja (asalkan tak melanggar hukum syarak) aku bersyukur kerana masih belum berumahtangga. Inilah hikmahnya bila hidup bujang kan. Mungkin sebenarnya aku memang belum bersedia untuk berkahwin. Sebab tu aku masih begini. Wallahu'alam.

Jadi, Nor Dalila Abas..sila la jangan bersedih hati dengan kehidupan anda. Bersyukur la kerana anda masih boleh meneruskan hidup dengan rasa bahagia ditemani keluarga dan kawan-kawan yang setia (",)