They're My Best Buddies

Friday, 19 November 2010

Mengapa Ada Rindu..??

Tengah sibuk nak siapkan kerja..tiba-tiba kepala otak ni teringatkan sesuatu pula...

Kata orang, kalau kita tiba-tiba rindukan seseorang yang dah lama tak muncul dalam hidup kita..maknanya orang tu pun sedang rindukan kita juga. Tapi, betul ke..?? Saban hari cuba melupakan dia, bertahun-tahun makan hati kerana dia..tiba-tiba perasaan rindu ni datang balik. Ish..benci!!!

Hmm..tapi perasaan rindu tu tak salah kan..? Bukan kita minta untuk merindukan dia. Apatah lagi untuk dirindui semula. Hanya Allah yang tahu kenapa perasaan ni tiba-tiba hadir. Di saat hati mulai pulih untuk meneruskan kehidupan tanpa dia, di saat itulah bayangan dia muncul semula. Apalah hati ni, suka sangat nak mendera perasaan sendiri. Dah la dia tak kesiankan kau langsung, sekarang kau nak buat hal pula..sibuk nak merindu pada yang tak sudi..arghhhh benci lagi sekali!!




Kalau la masa ni boleh diputar semula, aku tak nak terlalu mencintai dia. Aku tak nak terlalu menyayangi dia. Tapi, apakan daya..semua tu dah berlalu. Dia pun dah bahagia dengan kehidupannya tanpa aku. Kenapa mesti aku nak bersedih..??? Aku seharusnya rasa bahagia dengan kebahagiaan dia..tapi, mampukah aku..??? Walaupun hampir 6 tahun berlalu, rasa macam baru semalam aku menghabiskan masa dengan dia. Saat-saat terakhir dengannya, meraikan ulangtahun kelahiranku..masih terdengar suaranya menyanyikan lagu kegemaran kami berdua..


"Teruntukmu hatiku, Ingin ku bersuara
Merangkai semua tanya, Imaji yang terlintas
Berjalan pada satu, Tanya s’lalu menggangguku
Seseorang, itukah dirimu kasih,
Kepada yang tercinta, Inginnya ku mengeluh
Semua resah didiri, Mencari jawab pasti

Akankah, seseorang, Yang ku impikan ‘kan hadir
Raut halus, Menyelimuti jantungku

Cinta hanyalah cinta, Hidup dan mati untukmu,
Mungkinkah semua tanya, Kau yang jawab
Dan tentang seseorang, Itu pula dirimu,
Ku bersumpah akan mencinta.."

Hanya tinggal kenangan. Semua tu takkan berulang lagi. Tapi, mungkin juga boleh berulang kembali..cuma watak yang berbeza. Dulu, aku dengan dia. Kini, aku dan seseorang yang masih belum dikenal pasti..haha :p Apa yang pasti kini, aku redha tiada jodoh antara kami berdua. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kami. Walau sekuat mana sekalipun cinta kami, tapi kalau dah tersurat memang bukan dia yang akan menjadi teman hidupku, maka semua itu tak mungkin akan berlaku.

Tapi aku sedar, hanya aku yang menyintainya sepenuh hati. Hanya aku yang menyayanginya dengan seluruh jiwa dan raga. Dan hanya aku juga la yang merinduinya tiap saat dan ketika. Dia..??? Hanya perlukan aku ketika jatuhnya tidak berteman. Hanya inginkan aku ketika hatinya kosong tidak berisi. Dan hanya mahukan aku ketika semua temannya berbicara tentang cinta. Apakah makna cinta dan sayang padanya..? Entah la..sampai sekarang aku tak pernah tahu apa sebenarnya perasaan dia pada aku. Aku tak pernah berkesempatan untuk bertanya.

Dan hari ini, sekali lagi aku terasa rindu padanya. Rindu yang teramat sangat. Bodohkah aku memiliki perasaan ini..??
Post a Comment