They're My Best Buddies

Saturday, 6 November 2010

CINTA itu Indah atau Sebaliknya..??

Sabtu, 6 Nov '10, tepat jam 9.40 minit pagi...

Baru-baru ni, one of my BFF ada call, mengadu tentang kesedihan dan kekecewaan hatinya. Si kekasih hati amat-amat melukakannya. Sebagai kawan yg baik, aku cuba menasihati. Walaupun tak pernah melalui pengalaman yg serupa, tapi selepas 28 tahun aku diizinkan hidup di atas muka bumi ni, rasa-rasanya banyak yg aku dah belajar. Banyak perkara tentang hidup yg aku tahu walau tak sepenuhnya. Dan banyak juga perkara tentang cinta yg aku rasa, aku lulus untuk memperkatakannya.
 

To my BFF, dah berkali-kali ayat ni diulang, walaupun kedengaran mudah..tapi amat berat untuk mempratikkannya. Sabar itu adalah sebaik-baik perkara yg harus dibuat bila setiap kali Allah datangkan ujian dan dugaan dalam kehidupan kita. Ingat tak orang selalu cakap, "Allah tu amat sayangkan hamba-Nya. Dia takkan uji kita dengan ujian yg kita tak mampu nak tanggung. Ujian tu hanya akan datang dengan segala kudrat kita untuk menghadapinya. Wallahu'alam.."

Sebenarnya, bila kita fikir-fikirkan balik, ramai lagi orang-orang di luara sana diuji dengan pelbagai ujian kan. Mereka sangat tabah untuk menghadapinya. Jadi, kenapa tidak kita..??



Bila hal yg melibatkan cinta, memang pelbagai macam ujian dan dugaan yg datang. Nasib setiap umat manusia ni kan tak sama. My BFF, orang rasa..Allah telah kurniakan lelaki tu untuk awak sebab awak sanagt-sangat penyabar orangnya. Orang sendiri kagum dengan kesabaran awak. Macam mana awak masih boleh bertahan dan terus bertahan dengan sikap dia, hanya Allah saja yg tahu betapa sakitnya dalam hati awak tu kan. Cuma yg macam orang selalu cakap, tak kira la betapa sayang sekali pun awak kat dia, betapa sabar sekalipun awak melayan kerenah dia..jangan sampai awak melukakan perasaan sendiri. Jangan sampai awak mendera hati awak untuk terus bertahan dan bertahan.

Orang faham sangat betapa awak sayangkan dia, tak sanggup nak berpisah dengan dia. Walau seribu kali orang cakap, "ramai lagi lelaki yg lebih baik kat luar sana untuk awak..ramai lagi lelaki yg boleh menghargai awak berbanding dia.." tapi awak tetap juga bertahan dengan dia demi perasaan sayang dan cinta kan. My BFF, tahniah sebab awak memang seorang pencinta sejati. Moga-moga kesabaran awak tu ada balasan. Wallahu'alam..

My BFF, sebenarnya cinta itu indah kan? Walaupun sering diwarnai dengan pelbagai warna oleh orang-orang yg memiliki cinta tu, tapi cinta tetap menjadi sesuatu yg dicari-cari. Beruntunglah kepada sesiapa yg memiliki cinta dan melaluinya dengan sangat indah. Kepada yg merasakan cinta itu menyakitkan, fikirlah walau sedetik pun, cinta itu pernah membahagiakan hati kamu kan..??


Post a Comment